Sunday, December 14, 2014

BAPA PUTAR ANAK DALAM MESIN BASUH HINGGA MATI

By Kamera Media   Posted at  3:40 AM   isu semasa No comments


Seorang bapa dikesan memasukkan anak lelakinya ke dalam mesin basuh serta memutar kanak-kanak itu sehingga mati. 

Dalam kejadian itu, suspek, Joseph, 28, didakwa telah membunuh anaknya, Koda Blocker, 4, menggunakan mesin di rumah mereka dekat Garland, Texas. 

Pembunuhan itu mula disedari apabila suspek menghubungi pasukan paramedik untuk meminta bantuan berikutan keadaan anaknya yang tidak sedarkan diri. 

Bagaimanapun, siasatan polis mengesan mangsa telah dibunuh dan bukan terjatuh ke dalam mesin basuh. 

"Mesin basuh itu bukan jenis automatik dan pintunya juga tidak tertutup secara automatik. Oleh itu, mangsa dipercayai telah dibawa masuk ke dalam mesin basuh oleh suspek yang kemudian menghidupkan mesin berkenaan," jelas polis. 

Berikutan itu, polis menahan Joseph untuk siasatan lanjut. 

Siasatan terhadap mayat bayi itu mendapati, kematian berpunca daripada kecederaan parah akibat diputar di dalam mesin basuh. Macam macam hal. 

Kejam betul bapa macam ini.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.