Friday, December 12, 2014

GAMBAR PASANGAN YANG MEMBUAT HURU HARA SEHINGGA PESAWAT AIR ASIA TERPAKSA BERPATAH BALIK

By Kamera Media   Posted at  5:08 AM   isu semasa No comments


Bangkok, 12 Disember - Sebuah pesawat Air Asia hari ini terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Don Mueang berikutan tindakan ganas dari dua orang penumpang pesawat yang dalam separuh jalan ke Nanjing, China. 

Menurut laporan dari seorang pengguna Weibo yang berada di dalam penerbangan tersebut, pesawat terpaksa berpatah balik selepas satu pasangan China mengasari seorang pramugari dan mengancam untuk melompat keluar dari kapal terbang. 

Pengguna itu juga menceritakan kejadian bermula dengan seorang wanita berusia 20 tahun dari Nanjing, yang duduk berasingan dari teman lelakinya, mencurahkan air panas kepada seorang pramugari yang menghantar mee segera untuk wanita tersebut. 

Lebih memburukkan keadaan, teman lelaki wanita berkenaan mengancam untuk membunuh diri dengan melompat keluar dari pesawat.



Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Don Mueang dimana polis menunggu untuk menahan kedua-dua mereka. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mahu keluar dari pesawat tersebut. 

Mereka akhirnya dikeluarkan dari pesawat tersebut secara paksaan. 

Gambar kejadian telah dirakamkan oleh penumpang pesawat lain yang dikongsikan di laman web weibo. Video kejadian bakal menyusul

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.