Thursday, December 11, 2014

KERANA CEMBURU,SUAMI SANGGUP POTONG TANGAN, KAKI ISTERI DAN MEMBUNUH DIRI

By Kamera Media   Posted at  6:59 AM   isu semasa No comments


KLUANG - Kecewa dengan isterinya yang mempunyai hubungan sulit dengan jantan lain, seorang lelaki bertindak di luar dugaan dengan mengambil tindakan membunuh isterinya dengan memotong pergelangan kaki dan tangan isterinya sebelum membunuh diri di Taman Suria, pagi tadi. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11 pagi itu, pasangan itu dikatakan telah bertengkar sebelum lelaki itu hilang pertimbangan dan menyerang isterinya serta bertindak kejam memotong anggota badan wanita itu. 

Siasatan awal mendapati motif kejadian adalah disebabkan cemburu. 

Menurut pihak polis, selepas memotong kaki dan tangan isterinya, suspek yang berusia 47 tahun dipercayai meminum racun dan menggantung diri di balkoni. 

Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom untuk rawatan kecemasan sementara mayat suaminya dihantar ke Unit Forensik hospital terbabit untuk bedah siasat.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.