Monday, December 8, 2014

LAMAN WEB FAM DIGODAM PENGODAM VIETNAM

By Kamera Media   Posted at  7:33 PM   Hiburan No comments


Kuala Lumpur : Laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) digodam, dipercayai ada kaitan dengan kekalahan pasukan negara 1-2 kepada Vietnam dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Shah Alam, malam kelmarin. 

Menerusi kenyataan Facebook FAM menjelaskan, laman mereka sememangnya telah diceroboh dan sedang menyelesaikan perkara ini. 



Bagaimanapun, hanya muka depan laman web itu diubah dengan memuatkan ayat dalam bahasa Vietnam manakala ikon lain termasuk logo FAM tidak disentuh penggodam. Selain kekalahan pasukan negara, perlawanan malam kelmarin turut dicemari insiden pergaduhan kecil beberapa penyokong Malaysia yang membelasah penyokong Vietnam. 

Pemantauan pada laman web FAM yang digodam itu mendapati tertera banyak tulisan yang menggunakan bahasa Vietnam, selain satu ayat dalam Bahasa Inggeris, ‘Bad Play Fans Malaysia’. Susulan masalah itu, laman web FAM ditutup untuk sementara waktu bagi penyelenggaraan. 

Ini bukan kali pertama laman web persatuan itu digodam. Insiden sama pernah berlaku pada 2011 dan 2012 atas beberapa isu termasuk harga tiket perlawanan akhir yang mahal dan melepaskan geram terhadap kepimpinan tertinggi badan induk bola sepak tanah air itu.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.