Monday, December 8, 2014

LELAKI DIBELASAH "SUKA-SUKA" SELAMA 10 JAM

By Kamera Media   Posted at  5:54 PM   isu semasa No comments


KAJANG: Seorang lelaki yang diculik terpaksa menahan azab selama lebih 10 jam apabila dibelasah dan diseksa dengan besi, seterika panas dan kayu di sebuah pangsapuri di sini, minggu lalu. 

Dalam kejadian jam 9 malam, 1 Disember lalu, mangsa dikenali sebagai Sani, 31, patah gigi, lebam muka dan badan selain terpaksa menjalani pembedahan tangan kiri akibat kejadian itu. 

 Bapa kepada empat anak itu mendakwa diculik oleh tiga lelaki ketika sedang minum bersama rakannya di sebuah restoran berdekatan Taman Sungai Ramal, Kajang. 

Menurutnya, sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer berhenti berdekatan restoran itu dan tiga lelaki yang keluar dari kereta berkenaan, mengarahkan dia masuk dalam kereta. 

"Saya enggan tetapi mereka tetap membelasah saya dan memaksa saya masuk ke dalam kereta," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kajang semalam. 

Menurutnya, kedua-dua tangannya diikat mengugnakan kabel penjerut manakala mukanya ditutup dengan kain oleh kumpulan terbabit. 

"Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana tangan berikat dan kepala ditutup dengan sarung muka. 

"Selepas kira-kira 20 minit, saya ditarik keluar dari kereta tetapi tidak tahu di mana namun yakin ia pangsapuri kerana perlu memanjat tangga. 

"Sebaik berada di dalam rumah, saya dibelasah dan diseksa oleh anggota kumpulan terbabit," katanya. 

Dia mendakwa bukan sahaja ditumbuk dan disepak, malah dibelasah menggunakan kayu , besi dan sesuatu yang panas. 

"Saya tidak nampak tetapi meneka ia seterika panas. Mereka tidak mengendahkan saya yang meraung kesakitan," katanya yang mendakwa dibelasah sehingga tengah hari keesokannya. 

"Saya kemudian dibiarkan dalam keadaan kesakitan dan apabila bertanya mengapa saya diperlakukan sedemikian, seorang daripada lelaki itu berkata ia sekadar untuk 'suka-suka'," katanya.

Menurutnya, dia kemudian dihantar pulang ke rumahnya oleh kumpulan terbabit menggunakan teksi kira-kira jam 9 malam. 

"Mereka mengarahkan pemandu teksi itu menghantar saya ke rumah. Barang penting termasuk telefon bimbit dan dompet dikebas mereka," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kajang sebelum ke Hospital Kajang untuk rawatan. 

Difahamkan, rakan mangsa yang berada bersama di restoran sudah ditahan polis untuk membantu siasatan. 

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan daripada mangsa, siasatan sedang dijalankan.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.