Monday, December 8, 2014

MANGSA DIBAKAR SELEPAS BERLAKU PERTENGKARAN

By Kamera Media   Posted at  12:25 PM   isu semasa No comments


Ampang: Seorang lelaki ditemui rentung di dalam but kereta dipercayai dibunuh dalam kejadian di tempat letak kenderaan berhampiran Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur, Taman TAR, kira-kira 10 malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, mangsa lelaki berusia 30-an dipercayai dibakar sekumpulan lima lelaki lain yang menaiki kenderaan lain selepas mangsa dan kumpulan suspek bertengkar.
"Polis sedang mengenal pasti identiti mangsa dan berdasarkan semakan, kereta di mana mayat mangsa ditemui dilaporkan dicuri pada 9 malam tadi di daerah Sentul, Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam tadi. 

Beliau berkata, mayat mangsa kini dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPPUKM) untuk bedah siasat. 

Ekoran kejadian itu, polis kini melancarkan sekatan jalan raya di beberapa jalan bagi memburu kumpulan suspek.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.