Wednesday, December 3, 2014

MAYAT LELAKI & PEREMPUAN DITEMUI MATI BERPELUKAN

By Kamera Media   Posted at  3:38 AM   isu semasa No comments



SABAK BERNAM - Mayat seorang lelaki dan perempuan ditemui oleh orang awam di parit awal pagi tadi. 

Dalam kejadian pagi tadi, mayat seorang lelaki berusia 20 tahun dan perempuan, 18 tahun dijumpai oleh orang awam yang sering melalui jalan berkenaan di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia Parit 9 Timur Sungai Besar. 

Menurut laporan awal, mayat kedua-dua mangsa telah dibuang dalam parit itu dan tenggelam selama tiga hari. Punca kematian masih belum diketahui. 

 Difahamkan, kedua-dua mangsa bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember ini.

UPDATE 

4.25 PETANG 
Mati berpelukan 
Oleh Mohamad Shukor Amin 

Sabak Bernam: Sepasang kekasih yang akan bernikah bulan depan ditemui mati berpelukan dalam tali air di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia Parit 9 Timur, Sungai Besar, dekat sini pagi tadi. 

Mangsa dipercayai lemas dalam tali air itu selepas motosikal dinaiki mereka terbabas semalam.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, mayat pasangan itu ditemui 8 pagi tadi oleh orang awam. 

Menurutnya, kedua-dua mangsa menaiki motosikal dan dipercayai terbabas sebelum masuk ke tali air berkenaan ketika hujan lebat semalam. 

Beliau berkata, mangsa dikenali Intan Norliyana Mohammed, 18, dari Parit Changkat dekat sini dan Mohammad Azizul Ariffin, 21, dari Kampung Baru Nelayan. 

Menurutnya, keluarga Mohammad Azizul membuat laporan polis melaporkan kehilangannya 9.30 malam tadi. 

Difahamkan kedua-duanya akan bertunang bulan ini dan mendirikan rumah tangga bulan depan.



About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.