Friday, December 12, 2014

PENCURI MENYESAL DAN MENGHANTAR SURAT MINTA MAAF SETELAH MEMECAHKAN CERMIN KERETA USTAZ

By Kamera Media   Posted at  12:19 AM   isu semasa No comments


GOMBAK - Seorang pencuri telah memecah cermin sebuah kereta milik imam masjid Al-Syakirin, Gombak untuk tujuan merompak. 

 Dalam kejadian yang berlaku pada waktu maghrib itu bagaimanapun, tiada apa-apa barang yang hilang dalam kereta Proton Pesona milik Ustaz Muhaimin itu. 

 Entah apa hidayah yang diterimanya, pencuri itu telah meninggalkan sebuah nota buat Ustaz Muhaimin berserta dengan wang RM150, sebagai kos gantirugi cermin kereta yang pecah. 


"Assalam, 

 Sy mohon ampun pada tuan. Tolong jangan buat apa-apa pada saya. Kalau tuan ada buat apa-apa pada saya, tolong tarik balik. Saya tak ambil apa-apa dari kereta pesona belakang masjid magrib hari tu. 

 "Kesian lah kat saya ustaz, tolonglah tarik balik kalau ustaz ada buat apa-apa pada saya. 

 "Saya janji takkan pecah kereta tuan. Saya sekalikan RM150 untuk tuan ustaz baiki cermin balik. Tolonglah jangan buat apa-apa pada saya," rayunya.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.