Wednesday, January 14, 2015

[9 Gambar] 7 Rentung Dalam Kemalangan Bas Di Tapah

By Kamera Media   Posted at  8:21 PM   KEMALANGAN No comments


KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tujuh penumpang sebuah bas rentung manakala 22 yang lain cedera dalam kemalangan di  KM326.3 Lebuhraya Utara Selatan PLUS, berhampiran susur keluar Tapah awal pagi ini.

Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi tadi berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands, Pahang.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan terbabas selepas dipercayai melanggar sebuah tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan.

Bas berkenaan kemudiannya terbabas ke laluan kiri dan melanggar sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan sebelum terbakar.

Pemandu kereta jenis Daihatsu Charade itu dikatakan memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat berbuat demikian.

Berdasarkan maklumat mereka yang terselamat, ketika kemalangan bas itu dipercayai membawa 30 penumpang.



About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.