Friday, January 2, 2015

BANTUAN YANG DIMINTA OLEH MAKCIK MANGSA BANJIR INI PASTI BUAT ANDA TERSENTUH HATI

By Kamera Media   Posted at  10:29 AM   isu semasa No comments


Kisah seorang makcik mangsa banjir di Kampung Karangan, Kuala Krai, Kelantan meminta tudung daripada pasukan sukarelawan banjir menjadi viral di laman sosial. 

Makcik tua itu pada mulanya berdiri ditepi jalan sambil memegang tongkat melambai ke arah pasukan sukarelawan, dan apabila mereka merapati makcik tersebut, perkara pertama yang diminta olehnya ialah tudung bagi mengantikan plastik yang menutup rambutnya. 
"Benda pertama yang makcik itu minta adalah tudung. Kami ambil tudung dan bagi kepadanya, dia terus buka plastik (yang disarung di kelapa) dan pakai. 
Saya tidak tahan, nangis disitu juga.  

"Barang yang paling dia nak adalah tudung, kain sarung. Sebab dia kata, kain yang dia pakai dah seminggu dan sudah kena air kencing malah dia juga turut meminta telekung. 
"Paling akhir dia minta, ayat dia 'kalau ada sebutir dua beras, berilah' dan kami bagi keperluan yang sepatutnya pada dia" kata Nik Zahrinawati iaitu salah seorang sukarelawan yang ada ketika kejadian.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.