Sunday, January 4, 2015

BENARKAH GAJI PENJAWAT AWAM AKAN DIPOTONG BAGI MEMBANTU MANGSA BANJIR ?

By Kamera Media   Posted at  5:37 AM   isu semasa No comments


KOTA BHARU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mencadangkan kepada kerajaan agar setiap penjawat awam menyumbang melalui potongan gaji bulanan untuk membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam tempoh terdekat supaya penjawat awam boleh menyumbang pada kadar yang munasabah.

"Kalau boleh sumbangan minima RM5 tetapi kalau lebih daripada itu, kita amat alu-alukan," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir negeri ini, di Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam di sini, hari ini.

Azih berkata, Cuepacs berharap potongan gaji itu dapat dilakukan pada bulan ini memandangkan kaedah itu adalah mekanisme terbaik dalam mengumpul dana bagi meringankan beban mangsa banjir.

Beliau berkata, pihaknya juga meminta kerajaan menyediakan peruntukan khas untuk membeli peralatan sekolah termasuk pakaian seragam kepada pelajar yang terjejas dengan banjir.

"Masih ramai yang tiada baju sekolah, yang mana beli awal memang sudah rosak, nak beli untuk kali kedua duit pun sudah habis," katanya yang turut mencadangkan pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditangguhkan. - Bernama

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.