Monday, January 12, 2015

Dato Siti Nurhaliza Derma RM310,000 Untuk Bangsa Banjir Sempena Ulangtahun

By Kamera Media   Posted at  2:45 AM   Hiburan No comments


Tanggal 11 Januari lalu, maka genaplah 36 tahun usia penyanyi tersohor nombor 1 negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza. Dan bersempena ulangtahunnya, Datuk Siti telah menyumbangkan hadiah berupa wang sejumlah RM310,000 untuk mangsa-mangsa banjir diseluruh negara.

Siti yang ditemui di majlis hari jadinya berkata, hadiah yang terima tahun ini lebih bermakna selepas individu dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) turut sama menyumbang untuk tujuan tersebut.
"Alhamdulillah beberapa individu tampil memberi hadiah kepada saya untuk disumbangkan dan jumlah keseluruhan kami berjaya kumpul ialah sebanyak RM310,000 untuk disalurkan kepada mangsa banjir.
"Yayasan Nurjiwa milik saya dan suami turut menyumbangkan sebanyak RM50,000 untuk tujuan itu," katanya.
Ditanya tentang perancangan dan azam baru sempena usia yang sudah bertambah, Siti akui berdebar dengan peningkatan usia dan mahu lebih menitikberatkan tentang soal kesihatan. Dia juga akan mengamal gaya hidup sihat dan melakukan pemerikasaan di hospital lebih kerap.
"Dengan usia semakin bertambah fokus saya kini adalah untuk lebih peka tentang kesihatan tambahan kaum wanita terdedah dengan pelbagai risiko penyakit seperti kanser payudara.
"Selain itu, saya ingin memperbanyakkan ilmu agama selain menjadi seorang muslimah yang lebih baik," jelasnya.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.