Thursday, January 8, 2015

Datuk ‘Terlajak Laris’ Luah Perasaan, Dilayan Nak Tak Nak Butik Mewah

By Kamera Media   Posted at  6:45 PM   isu semasa No comments


Biasa berlaku apabila kita memasuki butik-butik mewah dan pekerja-pekerja butik tersebut tidak mengendahkan kita apabila melihat penampilan kita yang seakan-akan hanya mampu masuk melihat produk mereka yang berharga ribuan ringgit.

Perkara itulah yang berlaku kepada seorang usahawan terkenal dengan trademark 'terlajak laris' iaitu datuk Aliff Syukri. Tidak puas hati apa yang berlaku terhadap dirinya sendiri itu, beliau telah memuatnaikkan satu luahan menerusi Facebook.

Berikut adalah apa yang ditulisnya:

“Luahan perasaan… Jangan pandang orang pada gaya luaran apa berbase english ya… don’t judge the book by its cover okay… Paling Abang menyampah kalau pergi butik branded ni kalau tengok kita orang Asia pulak tu Abang ni macam budak hingusan mereka endah tak endah sahaja nak serve Abang konon-konon kita ni tak boleh nak beli…

Cakap omputeh pun berterabur… Lepas tu siap buat muka masam bila kita nak membelek-belek… Sekali Abang order terus Abang jumpa manager dia Abang complain… Baru ko ghase balasannya… #hatipanas.”


Status itu diikuti oleh komen-komen dari pengguna lain yang mana amat menyokongnya yang menyuarakan pendapat tersebut.


Tidak menghairankanlah sekiranya ramai juga antara kita sememangnya tidak mahu memasuki butik-butik seperti itu. Apa tidaknya, bila kita seakan-akan dapat merasakan yang mereka tidak akan layan kehadiran kita. 

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.