Tuesday, January 13, 2015

Puteri Balqis Enggan Ke Sekolah Kerana Dibuli Rakan, Hanya Belajar Di Rumah

By Kamera Media   Posted at  1:52 AM   Hiburan No comments


Semalam untuk kanak kanak yang baru memasuki alam persekolah hari pertama, pastinya banyak kisah yang boleh dibawa pulang untuk ibu ayah namun berlainan pula dengan Puteri Balqis yang kini berusia 8 tahun kerana beliau sendiri enggan pergi ke sekolah.

Jangan salah sangka yang Puteri Balqis ini mengabaikan pelajaran kerana pelakon cilik berbakat besar ini lebih selesa untuk belajar sendirian bersama guru persendiriannya kerana menganggap ianya lebih senang untuk memahami apa yang diajar.

“Aqish lebih selesa belajar di rumah sahaja kerana kalau di sekolah Aqish rasa terseksa bila kawan kawan mempermainkan Aqish. Sampai bila-bila pun Aqish mahu belajar di rumah sahaja. Kalau pelajaran berkaitan agama seperti mengaji Al-Quran, ibu Aqish yang ajar,” ujarnya.

Puteri Balqis menambah yang beliau sudah mula belajar secara sendirian di rumah sejak berusia 3 tahun dan melalui pengalaman dibuli ketika berada dalam Tadika.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.