Sunday, January 11, 2015

Ramli MS Dipercayai Kahwin Diam-Diam Dengan Wanita Lain Selain Alyah

By Kamera Media   Posted at  4:08 AM   Hiburan No comments


Kuala Lumpur: Tanda tanya mengenai gambar wanita di sebelah konduktor muzik dan komposer terkenal Datuk Ramli MS yang dimuat naik isterinya yang juga penyanyi Alyah di Instagram tadi terungkai apabila Alyah tampil membuat pengakuan wanita terbabit mendakwa sudah berkahwin dengan suaminya.

Alyah ketika dihubungi turut mengucapkan tahniah kepada wanita yang dikenali dengan nama Siti Hafilah Che Kar kerana berjaya mengahwini suaminya.

Alyah berkata, dia menjumpai gambar itu di dalam telefon bimbit lama milik Ramli namun tidak pasti bila mereka berkahwin.

“Hati dan hidup saya sudah hancur. Dah tak bermakna lagi. Apa salah saya? Tidak cukupkah pengorbanan yang saya lakukan?” katanya.


Alyah juga sedar suaminya itu ramai peminat dan selama berkahwin gambar mereka berdua juga ditegah suaminya untuk diambil mahupun dimuat naik di laman Instagram.

"Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.

Sementara itu, Ramli ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu dan meminta wartawan bertanya sendiri kepada Alyah.

“Tanya dia kerana dia (Alyah) yang masukkan. Saya tak nak komen apa-apa. Anda kena faham saya tak tahu apa-apa kerana gambar ini dia yang masukkan. Saya minta maaf,” katanya.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.