Wednesday, January 14, 2015

VIDEO: Gajah Jantan Bertindak Liar, Sangka Kereta Sebagai Pasangannya

By Kamera Media   Posted at  4:19 AM   isu semasa No comments


Seorang rakyat Thailand mengalami pengalaman yang jarang-jarang dihadapi orang lain apabila kereta yang dipandunya dihadang seekor gajah liar yang tiba-tiba muncul dari hutan berdekatan.

Dalam kejadian yang sempat dirakamkan itu kelihatan gajah jantan yang mulanya tenang itu tidak lama kemudian bertindak agresif merempuh dan memanjat kereta tersebut.

Tingkah laku agresif itu dipercayai ada kaitan dengan kedatangan musim mengawan yang menyebabkan kadar hormon testosteron gajah jantan meningkat berpuluh kali ganda lebih tinggi dari biasa.

Perubahan hormon itu boleh menyebabkan gajah jantan berubah kelakuan menjadi ganas dan dalam keadaan tertentu mungkin menyangkakan sesebuah kenderaan yang lalu berdekatan sebagai pasangannya.


About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.