Friday, January 9, 2015

Visa Percuma Untuk Pelancong China

By Kamera Media   Posted at  12:41 AM   POLITIK No comments


SEPANG - Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan & Kebudayaan berkata, cadangan perlaksanaan visa percuma kepada pelancong China harus disegerakan sebelum Tahun Baru Cina.

Menurut beliau, cadangan itu tidak harus ditangguhkan lagi, kerana enam negara ASEAN telah menawarkan pengecualian bayaran visa kepada pelancong China yang terbukti berkesan meningkatkan jumlah ketibaan pelancong.

"Trend menunjukkan peningatan, pelancong China sudah kembali dan angka pada Oktober, November dan Disember tahun lepas adalah menggalakkan.

"Saya merayu kepada Kementerian Dalam Negeri, jangan tunggu," katanya.

Cadangan memperkenalkan sistem visa percuma kepada pelancong China itu adalah sebahagian dari usaha untuk mencapai sasaran menarik 29.4 juta pelancong China ke Malaysia sempena Tahun Festival Malaysia 2015.

Mengulas mengenai isu tinggal melebihi tempoh di Malaysia, Nazri berkata itu adalah masalah pelancong yang tidak bertanggungjawab.

"Saya memberitahu Kabinet mereka yang tinggal melebihi tempoh di negara ini memasuki negara untuk tujuan pendidikan tetapi pelancong mempunyai tiket untuk balik.

"Ekonomi China berkembang dengan baik, pelancong mereka adalah pelancong yang berkualiti dan mereka mempunyai wang," katanya.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.