Friday, October 31, 2014

1 November 2014 - Bas Rempuh Lori Melibatkan 9 Mangsa

By Kamera Media   Posted at  9:35 PM   isu semasa No comments


Kuala Lumpur: Sabtu, 1 November 2014, Sembilan penumpang bas cedera ringan dalam kemalangan membabitkan bas dan lori di Kilometer 406 Lebuhraya PLUS berdekatan Lembah Beringin 4.16 pagi ini.

Dalam kejadian itu, bas terbabit dalam perjalanan menghala ke utara bersama 44 penumpang.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, kejadian berlaku apabila bas tersebut hilang kawalan lalu merempuh lori yang berada di hadapan.

Menurutnya, rempuhan itu tidak membabitkan kecederaan teruk pada penumpang.
"Hanya sembilan cedera ringan, tujuh dewasa dan dua kanak-kanak," katanya.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.