Wednesday, October 29, 2014

GURU WANITA LEMAS DI SUNGAI MUDA

By Kamera Media   Posted at  11:53 PM   isu semasa No comments


SUNGAI PETANI: Seorang guru wanita dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Muda berdekatan Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil dekat sini semalam.


Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat wanita berusia 46 tahun itu masih dijalankan.



Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani Rosdi Ismail berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada 3.35 petang.



Beliau berkata pencarian dilakukan penduduk kampung sehingga 500 meter dari lokasi tetapi gagal menemui wanita itu.



"Keluasan sungai lebih kurang 100 meter. Kerja-kerja mencari dan menyelamat diteruskan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.