Sunday, October 26, 2014

Kanak-Kanak Maut Kerana Gelang Getah

By Kamera Media   Posted at  6:42 PM   isu semasa No comments

Gambar Daripada Harian Metro

Klang: Akibat mahu mengambil getah gelang yang tersangkut, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun kritikal selepas terjatuh dari tingkat lima di Pangsapuri Amazing Height, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, beliau difahamkan murid tahun dua terbabit cuba mengambil getah gelang yang tersangkut di bahagian luar bangunan pangsapuri berkenaan.

"Mangsa kemudian gagal mengimbangi dirinya sebelum terjatuh ke tingkat bawah bangunan itu.
"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta pinggul dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, dekat sini untuk menerima rawatan," katanya.

Terdapat satu komen di Facebook yang menyatakan kanak-kanak ini telah meninggal dunia.


Al-Fatihah

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.