Saturday, October 25, 2014

Terkejut!, Syed Azmi Anjur Banyak Aktiviti Lain! Selain Dari Pegang Anjing

By Kamera Media   Posted at  12:19 AM   isu semasa No comments


Mungkin ramai orang yang kecam Syed Azmi dengan berbagai kata-kata kesat, tapi mungkin juga dalam ramai-ramai yang kecam itu, hanya giat mengecam orang saja tanpa ada apa-apa aktiviti lain.

Bukan bermaksud nak bela sesiapa kat sini, cuma nak peringatkan diri agar berfikir terlebih dahulu sebelum memberikan komen dan cemuhan. Nak tegurpun biarlah berpada. Jangan kita jadi kaum yang suka berlebih-lebihan dan mencemuh menegur atau membalas.

Beliau sangat terkehadapan dlm kerja-kerja sebegini dan telah melakukan banyak acara-acara yang memberi pelbagai manfaat kepada pelbagai golongan masyarakat.




Di bawah ini adalah di antara sebahagian acara-acara “community service” yang pernah beliau sertai bersama rakan-rakan beliau selama ini.



  • Free Market (Pembahagian barangan secara percuma kepada golongan kurang mampu      dan kurang bernasib baik)
  • Street Solat bersama warga miskin kota (gelandangan) 
  • Sumbangan barangan / makanan kepada golongan warga miskin kota (gelandangan)
  • Ramadhan Box
  • Kursus Pengurusan Jenazah
  • Kursus Penyembelihan Ayam
  • Sukan Rakyat
  • Lawatan Ke rumah Orang tua-tua (membantu kerja membersih dan memberi makan)
  • Kutipan Pakaian Untuk Syria
  • Kutipan makanan untuk mangsa banjir Kuantan
  • Food for Sahur untuk penjaga pesakit di hospital
  • Kutipan Alat tulis untuk sekolah anak orang asli di Cameron Highland
  • Suspended Meal (Free meal for the poor)
  • Kempen Zebra Crossing
  • Picnic in The Park for kanak-kanak yang menghidap kanser
  • Project Make It Right (Give Up your seats to the pregnant ladies in commuter)

  • Ini adalah sebahagian drp kerja amal beliau sebelum ini. Tetapi hanya satu program “memegang anjing” yang bukanlah isu besar pun, beliau telah diserang dari pelbagai arah. 




    Kenapa ini harus terjadi? Ini berkait dengan kefahaman bagaimana masyarakat menilai kebaikan dan falsafah perhubungan di antara makhluk. Dengan niat tulus dan “track record” Syed Azmi, tujuan penganjuran acara ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah bersifat “community service” atau perkhidmatan masyarakat.

    Bukankah ini suatu yang dituntut dalam semua peradaban manusia yang menjunjung nilai-nilai baik?

    Kenapa sekian banyak perkhidmatan baik yang telah beliau lakukan tidak diambil sebagai suatu mercu tanda bahawa beliau telah membuktikan bahawa beliau ialah seorang pencinta kemanusiaan yang tulus dalam membantu sesama manusia.

    Kenapa tiba-tiba wujud suara-suara yang tidak pernah mengenali beliau ingin melontarkan tuduhan-tuduhan berbentuk prejudis yang meloyakan. Ini bukan suatu piawaian yang mahu kita kekalkan dalam masyarakat.

    Apa pendapat anda ?

    Setelah membaca perkongsian di atas, apa agaknya pendapat anda terhadap Syed Azmi? apakah anda bersetuju bahawa masyarakat (sebahagian) telah bertindak keterlaluan dalam mengkritik anak muda itu.

    Atau anda bersetuju bahawa walau apapun sumbangan Syed Azmi sebelum ini, walau apapun aktivitinya sebelum ini, dia mesti di kecam kerana telah merosakkan lebih dari 1,000 umat Islam yang pergi pegang anjing dalam program anjurannya.


    About the Author

    Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
    View all posts by: BT9

    0 comments:

    Back to top ↑
    Connect with Us

    What they says

    © 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
    Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.