Friday, October 31, 2014

ZALIM.30 Dipaksa Berbaris Sebelum Dibunuh

By Kamera Media   Posted at  6:55 PM   isu semasa No comments

Mayat yang dikatakan mangsa pembunuhan IS bergelimpangan di jalan raya

Hit: Militan yang didakwa anggota Negara Islam (IS) memaksa 30 lelaki Sunni berbaris di sebuah bandar di barat Baghdad sebelum menembak mereka mati, pagi semalam.

Pegawai dan penduduk berkata, kejadian berlaku di bandar Hit di daerah Al-Bakir yang menjadi medan pertempuran sengit antara kumpulan itu dengan penduduk tempatan sejak beberapa minggu lalu.

Kebanyakan lelaki terbabit dipercayai pemimpin suku kaum tempatan yang bersekutu dengan kerajaan Iraq dan membantu melancarkan operasi anti-IS di bandar berkenaan.

Militan itu mulanya memaksa lelaki berkenaan berjalan sekitar bandar sambil mereka melaungkan menerusi pembesar suara, mendakwa lelaki yang ditahan itu musuh Islam kerana menentang mereka, kata penduduk.

Mereka kemudian ditembak mati.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.