Tuesday, December 16, 2014

PUNCA SEBENAR RAMAI KAKITANGAN BERHENTI BERKHIDMAT DI MEDIA PRIMA

By Kamera Media   Posted at  9:44 PM   Hiburan No comments


Ratusan kakitangan syarikat kumpulan media terbesar di Malaysia, Media Prima Bhd telah meninggalkan syarikat tersebut melalui satu skim perpisahan. 

Menurut laporan media tempatan, kakitangan dari semua peringkat Media Prima termasuk wartawan dan pegawai pengurusan tertinggi, menerima tawaran itu. 

Antaranya adalah ketua redaksi berita mandarin NTV7 dan 8TV, Tan Chin Tuan; editor eksekutif hal ehwal semasa bahasa Mandarin, Tan Boon Kooi serta seorang lagi editor eksekutif, Tham Chooi Foong, menurut sumber. 

Ketiga-tiganya merupakan pemimpin utama di bahagian berita dan hal-ehwal semasa bahasa Mandarin di NTV7 dan 8TV. Media Prima menyatakan bahawa syarikat itu memiliki kepentingan 100 peratus dalam TV3, 8TV, NTV7 dan TV9. 

Media Prima juga memiliki 98 peratus kepentingan dalam The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP). 

Di bawah pula pendedahan dari kakitangan Media Prima mengenai perkara tersebut: 
"Sebagai staff Media Prima selama 20 tahun, ini penjelasannya. 
Skim yg ditawarkan ialah MSS bukan VSS, 
VSS = Voluntary Separation Scheme MSS = Mutual Seperation Scheme 
Di mana Mutual Separation Scheme hanya akan berlaku jika staff yang memohon untuk bersara atas sebab² tersendiri, mendapat restu Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi.
Saya sendiri memohon tetapi tidak berjaya. 
Tujuan diadakan skim ini ialah kerana PENGABUNGAN antara Media Prima dgn NSTP + 4 Stesen TV + 3 Stesen Radio + Event Management dan lain-lain menyebabkan terdapat PERTINDIHAN JAWATAN dan FUNGSI. 
Justeru Syarikat menawarkan skim MSS dengan Imbuhan yang menguntungkan. Itu lebih baik daripada buang pekerja. 
Kakitangan yang sudah berusia dan telah berkhidmat antaranya 30 tahun mengambil kesempatan ini. Rata-rata beroleh pampasan sebanyak RM500,000 dan ke atas. Malah mereka diberi sijil Perkhidmatan dan Testimonial jika hendak menyambung khidmat di tempat lain. 
Sebagai pekerja swasta, Media Prima memberi pampasan yang setimpal kerana kami tiada pencen dan kelebihan seperti kakitangan Awam. 
Syabas Media Prima.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.