Sunday, October 26, 2014

Teknologi Baru. Halal Test - Alat Untuk Mengesan Unsur Babi Dalam Makanan

By Kamera Media   Posted at  9:17 AM   gaya hidup No comments


PARIS 25 Okt. – Umat Islam kini mampu mengesan unsur babi dalam makanan, kosmetik dan ubat-ubatan hanya dalam masa beberapa minit menerusi pengenalan kit ‘HalalTest’ keluaran dua usahawan Perancis.



Kit yang menyamai kaedah ujian kehamilan itu dilengkapi dengan dua tabung uji kecil, yang membolehkan sampel makanan dicampurkan dengan air suam sebelum sebatang kayu ujian dimasukkan ke dalam air berkenaan.



Dalam tempoh hanya beberapa minit, keputusan akan tertera pada kayu ujian. Satu garisan bermaksud sampel tiada unsur babi, manakala dua garisan bermakna terdapat unsur babi pada sampel tersebut.

Jean-Francois Julien dan Abderrahmane Chaoui mendapat idea menghasilkan HalalTest semasa berada di universiti dua tahun lalu.

Syarikat pengeluar, Capital Biotech menyatakan, tiada kit ujian lain membolehkan pengguna mengesan elemen babi dengan lebih mudah dan cepat berbanding HalalTest dengan ketepatan 99 peratus dan pada harga 6.90 euro (RM28.67).

Sejak dilancarkan Rabu lalu, mereka menerima tempahan awal sebanyak 10,000 kit ujian HalalTest dalam tempoh 24 jam. – REUTERS / Utusan

video cara penggunaan  Halal Test

P/S: Harap-harap lepas ni saintis boleh buat Rasuah Test pula.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.