Monday, October 27, 2014

Diserang Sakit Jantung Sebelum Rempuh Pokok

By Kamera Media   Posted at  6:47 AM   isu semasa No comments

Foto daripada Harian Metro


Alor Gajah: Seorang lelaki diserang sakit jantung menyebabkan kenderaan dipandunya terbabas lalu merempuh pokok di Jalan Perindustrian Rembia, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang, mangsa Kamarudin Ekasah, 48, disahkan mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketika kejadian mangsa bersama isteri Jawiah Abdul, 49, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Jati Indah, Simpang Ampat sebelum diserang sakit jantung menyebabkan Proton Saga dipandu melanggar pokok sebelum terhenti di penghadang tengah.

Beberapa pekerja kilang yang menyedari kemalangan membantu mengeluarkan pasangan itu yang terperangkap dalam kereta sebelum menghubungi pasukan penyelamat.

Kamarudin bagaimanapun disahkan mati dalam perjalanan ke hospital manakala Jawiah tidak cedera.
Sementara itu Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Asisten Superintendan Jasmani Othman mengesahkan mengenai kejadian dan berkatam, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.