Thursday, October 30, 2014

Ditikam Sewaktu Menunggu Azan Maghrib

By Kamera Media   Posted at  5:17 AM   isu semasa No comments


Kota Kinabalu: Hajat seorang lelaki warga asing untuk menghirup segelas Milo terbantut apabila ditikam dengan gunting oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di sebuah restoran di Api-Api Centre, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.50 petang, mangsa yang tidak dikenali berusia 50-an, cedera di belakang badan sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan, mangsa yang minum seorang diri dengan berpakaian jubah dan berserban dikatakan baru memesan minuman panas di restoran berkenaan sementara menunggu azan Maghrib.

Ketika menunggu pesanan air tiba, salah seorang pelayan terdengar bunyi kerusi jatuh sebelum meninjau ke arah ruang makan.

Pelayan terbabit terkejut melihat mangsa terduduk di atas lantai dalam keadaan belakang jubahnya berlumuran darah.

Pada masa sama, individu yang menikam mangsa dipercayai sudah melarikan diri.


About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.