Kuala Lumpur: Dua penjenayah tidak menyangka mangsa yang diragut bertindak nekad mengejar mereka sejauh lebih tiga kilometer sebelum merempuh mereka hingga terjatuh.
Tindakan itu menyebabkan dua penjenayah belasan tahun itu dibelasah dan ditangkap orang ramai yang melihat kejadian itu di Setapak di sini, petang semalam.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa seorang pengurus sebuah restoran berhenti di persimpangan lampu isyarat di Taman Melati, Gombak.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 28 tahun yang menaiki motosikal sempat berbual menggunakan telefon pintar dan membalas SMS.
Menurutnya, dua suspek yang menaiki motosikal Yamaha 125Z tiba-tiba muncul dan terus meragut telefon bimbit mangsa sebelum melarikan diri.
“Mangsa yang berang dengan tindakan suspek mengejar penjenayah sehingga ke kawasan Setapak sebelum merempuh motosikal suspek yang berhenti di tepi jalan.
“Akibatnya suspek terjatuh di atas jalan raya. Salah seorang daripada suspek berusia 18 tahun berjaya ditangkap manakala rakannya sempat melarikan diri,” katanya pada sidang media di ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, di sini, semalam.
P/S: Memang padan muka dengan peragut tu.Orang lain kerja siang malam nak cari rezeki, dorang suka hati je nak merembat.Eiiiii. Bengang
0 comments: