Saturday, January 17, 2015

22 Maut Termasuk Rakyat Malaysia Dalam Tragedi Bot Karam

By Kamera Media   Posted at  1:48 AM   KEMALANGAN No comments


Wisma Putra mengesahkan seorang rakyat Malaysia dilaporkan hilang dalam kejadian bot tunda karam di Terusan Fubei, Sungai Yangtze berhampiran Bandar Jingjiang, Wilayah Jiangsu, China, kelmarin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra menyatakan ia menerusi Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai sedang mendapatkan maklumat lanjut dari pihak berkuasa China berhubung kejadian ini.

Dalam kejadian pada tengah hari kelmarin, beberapa orang pekerja yang berada di dalam bot terbabit dilaporkan hilang apabila bot berkenaan karam ketika menjalankan ujian pelayaran.

Pihak berkuasa mengesahkan 22 orang mati dalam kejadian bot tunda karam semasa pelayaran ujian dengan pasukan asing di timur China selepas anggota penyelamat menarik bot berkenaan ke kawasan cetek dan mencari mangsa.

Empat rakyat Singapura dan masing-masing seorang rakyat India, Indonesia, Jepun dan Malaysia adalah antara mereka yang lemas dalam nahas di Sungai Yangtze itu, manakala 14 lagi adalah rakyat China.

Tiga mereka yang diselamatkan adalah warga China.


About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.