Tuesday, January 27, 2015

Terkini ! Giliran Mas Idayu Membalas Kritikan Zuan Terhadapnya

By Kamera Media   Posted at  7:22 PM   Hiburan No comments


Netizen yang terbaca mengenai isu di antara Zuan Azmi dengan Mas Idayu di Konsert Mentor Legend Ahad lalu hanya menganggap perkara itu sebagai "Apabila Buku Bertemu Dengan Ruas".

Respon Mas Idayu mengenai kenyataan Twitter Zuan itu bagaimanapun menyifatkan apa yang berlaku di antara dia dengan Zuan hanyalah sebagai 'gurauan kasar'. Namun gurauan itu tidak dapat diterima oleh Zuan dan ini respon Mas Idayu. 

"Saya tak tahu pula dia tak boleh bergurau kasar. Kalau nak lihat, penampilan saya dalam rancangan seperti ini sememangnya sentiasa dibayangi gurauan kasar. Dulu, ketika di Mentor 3, saya siap membawa rotan. Tetapi, tiada apa-apa masalah pun.


"Semalam (Isnin), saya baru dapat tahu yang dia menulis tentang perkara ini di Twitternya. “Saya pula sememangnya tidak mempunyai Twitter dan saya tahu pasal ini setelah seorang peminat prihatin mengirimkan WhatsApps kepada saya.

"Dia menulis sesuatu di belakang saya. Jadi, siapa yang tidak profesional sekarang ini? Saya atau dia? Gurauan itu spontan dan bukan dibuat-buat," katanya.

Buat Zuan, jangan terlalu menyangka diri itu terlalu profesional sehingga begitu berani menyelar orang lain sesuka hati. Sesekali diri sendiri 'diterjah' oleh artis, baru rasa penangan sakit hati. Ini kali, Zuan makan hati dengan edisi bikin panasnya sendiri.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.