Monday, January 26, 2015

Remaja 19 Tahun Dibelasah Hingga Lunyai Kerana Curi Lembu

By Kamera Media   Posted at  12:04 AM   isu semasa No comments


TEMERLOH – Sekumpulan pencuri lembu yang cuba mencuri ternakan penduduk Kampung Charuk Puting di sini kantoi selepas mereka dikepung dan dipukul penduduk kampung.Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, empat lelaki itu dikepung ketika cuba mencuri seekor lembu dalam ladang kelapa sawit di kampung tersebut sebelum kehadiran mereka disedari penduduk kampung.

Difahamkan, kira-kira 10 orang penduduk kampung yang kerap mengadu kehilangan lembu kemudian mengepung kawasan tersebut dan berlaku pergelutan antara mereka dengan kumpulan pencuri berkenaan.

Bagaimanapun tiga daripada mereka melarikan diri dengan meninggalkan sebuah Proton Wira yang digunakan untuk tujuan itu.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, pihaknya  menerima maklumat kejadian kira-kira jam 2.30 petang daripada penduduk kampung yang mengatakan seorang lelaki yang cuba mencuri lembu di Kampung Charuk Puting berjaya ditahan.


"Sehubungan itu, seorang remaja berusia 19 tahun berasal dari Jengka 15 yang sebelum itu ditangkap penduduk kampung ditahan untuk membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, suspek kemudian dihantar ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan akan direman di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.“

“Hasil siasatan polis juga mendapati kereta yang digunakan kesemua suspek adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Karak.“Polis sedang menyiasat kes ini untuk memburu mereka yang masih bebas,” katanya.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.