Thursday, January 15, 2015

Shiela Hamzah Tarik Diri ABPBH2014 Kerana Diboikot

By Kamera Media   Posted at  11:47 PM   Hiburan No comments


Penyanyi Shila Amzah telah menyatakan hasrat untuk menarik diri daripada bertanding dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) anjuran akhbar Berita Harian bagi edisi yang ke-28 kerana diboikot pihak media. 

Hasrat untuk menarik diri daripada anugerah yang dianggap People of The Choice ini telah dibuat oleh Shila Amzah menerusi wawancara yang dilakukan bersama radio Hot fm pada siang tadi.
Susulan daripada itu, Shila Amzah telah memuat naik kenyataan yang sama menerusi sebuah posting di laman instagramnya.


Kenyataan tersebut adalah: Shila Amzah Entertainment Berhad, have decided not to take part on this year's Anugerah Bintang Popular Berita Harian due to the conflicts with some of the media:) #shilalas #wearestillunited. 

Malah, Shila Amzah turut menyelitkan sama posting video yang memaparkan sesi wawancara radio Hot fm bersamanya itu.
Dalam posting video wawancara bersama Hot fm itu, Shila menyatakan bahawa: "semua telah bertindak  memboikot saya. Jadi, Shila Amzah Entertainment Sdn Bhd membuat keputusan untuk tidak menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada kali ini". 
Kenyataan yang dibuat oleh Shila Amzah ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Namun, ia meninggalkan tanda-tanya kepada segelintir pihak, mengapa anak kepada penyanyi senior ND Lala ini tidak melakukan tindakan yang sama dalam Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) yang akan berlangsung pada malam Ahad ini.

Apa bezanya media elektronik dengan media cetak?
Malam kemuncak ABPBH2014  yang bertemakan cinta bakal kembali menggegar Arena of Stars, Kota Keriangan Genting Highlands, dan akan disiarkan secara langsung pada hari Ahad, 5 April 2015. 

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.