Friday, January 23, 2015

[Gambar] Ajal 4 Wanita Terlibat Dalam Kemalangan

By Kamera Media   Posted at  5:58 AM   KEMALANGAN No comments


MELAKA: Empat wanita maut selepas sebuah kereta jenis Proton Perdana  berlanggar dengan kereta jenis Perodua Kancil  yang dinaiki mereka, sekitar jam 4:15 petang tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Masri Ibrahim berkata kereta Perdana itu dipercayai telah memecut laju sehingga ke jalan Bukit Gereja Umbai.

Ia kemudiannya memasuki arah bertentangan jalan dan merempuh kereta jenis Perodua Kancil tersebut sehingga menyebabkan dua  mangsa tercampak keluar dan dua lagi tersepit di dalam kenderaan.

Pihak bomba dari Merlimau dan Bukit Katil berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit setengah jam kemudian.

Keempat-empat mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

Manakala, sebuah lagi kereta jenis Proton Preve yang berada di belakang Kancil tersebut sempat mengelak dari dirempuh kereta Perdana yang ketika itu dipandu seorang lelaki.

Lelaki berkenaan cedera di mukanya dan seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang berada di dalam kereta Preve hanya mengalami cedera ringan.

Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Jasin untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, laporan awal yang mendakwa kereta Proton Perdana terbabit sedang diburu Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ ketika kemalangan didapati tidak benar.


About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.