Tuesday, January 27, 2015

Doktor Temui Spongebob Dalam Perut Kanak-Kanak

By Kamera Media   Posted at  6:19 PM   isu semasa No comments




JEDDAH - Seorang doktor di Hospital Universiti di Jeddah terkejut apabila menemui 'makhluk akuatik; yang berada di dalam perut seorang kanak-kanak.

Setelah diamati menerusi imbasan X-Ray, 'makhluk akuatik' yang berada di dalam perut mangsa itu sebenarnya sekeping pin berukiran kartun animasi 'Spongebob Squarepants'.

Doktor yang merawat kanak-kanak terbabit, Dr. Ghofran Ageely Raja Abdulaziz berkata, pin tersebut sebenarnya loket yang dimiliki oleh mangsa.

"Menerusi imbasan X-Ray, apa yang boleh kita lihat adalah sekeping loket kecil yang agak nipis, ia kelihatan seperti pin. Saya hampir menjerit apabila melihat objek tersebut dengan lebih dekat.

“Saya kagum dengan butiran jelas yang boleh kita lihat. Kalau kita teliti dari imbasan tersebut, kita boleh lihat kasut, mata dan wajah Spongebob yang sedang tersenyum; berada dalam perut kanak-kanak ini,” katanya seperti yang dipetik menerusi sebuah kiriman e-mel.

Bagaimanapun, doktor telah berjaya mengeluarkan loket tersebut dan kanak-kanak itu dibenarkan pulang ke rumahnya.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.