Tuesday, January 27, 2015

Pengakuan Rita Rudaini Paling Mengejutkan Mengenai Sikap Aidil Zafuan

By Kamera Media   Posted at  4:51 PM   Hiburan No comments


#Nampaknya krisis tuntutan nafkah oleh Rita Rudaini terhadap suaminya, Aidil Zafuan masih belum menemui jalan penyelesaian apabila pelakon itu mahu membuat tuntutan baru.

Perkara ini dinyatakan sendiri beliau selepas pihak Mahkamah memerintahkan Aidil membayar nafkah kepada Rita sebanyak RM3,000.

#Begitupun, menerusi sebuah akhbar tempatan, Rita tiba-tiba membuat pengakuan mengejutkan mengenai sikap Aidil Zafuan berkenaan isu nafkah.

Pelakon jelita, #Rita Rudaini Mokhtar mengakui bahawa bekas suaminya, Aidil Zafuan memasukkan wang RM2,000 ke dalam akaunnya secara konsisten bermula Januari sehingga Disember 2013.

Namun katanya, pada tahun 2012, Aidil Zafuan tidak memberikannya wang secara tetap setiap bulan.

“Saya lupa bulan berapa defendan gagal berbuat demikian. Saya kena semak semula,” katanya.

Menurutnya lagi, Aidil Zafuan mula memasukkan wang ke dalam akaunnya pada Mei 2012.

“Jumlahnya RM1,500 hingga RM2,000,” katanya.

Beliau berkata, wang yang diberikan itu bukan digunakan untuk dirinya.

“Saya tidak pernah menggunakan duit itu kerana dia (Aidil Zafuan) memberitahu wang yang dimasukkan tersebut adalah untuk nafkah anak,” katanya.

Ketika berjumpa dengan Aidil Zafuan, Rita Rudaini pernah memaklumkan bahawa jumlah wang yang diberikan oleh suaminya ketika itu tidak mencukupi untuknya dan dua anak mereka.

“Selain berjumpa, saya juga ada memberitahu melalui perkhidmatan pesanan mesej (SMS),” katanya ketika soal balas oleh peguam defendan, Rushdan Sujak Rafee, hari ini.

Rita Rudaini memfailkan tuntutan nafkah tertunggak RM5100 sebulan yang merangkumi perbelanjaan tempat tinggal, pakaian, makan dan pengangkutan serta keperluan asasi lain selama 20 bulan yang berjumlah RM102,000.

Perbicaraan permohonan tuntutan itu berlangsung di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man ditangguhkan dan bersambung pada 14 April depan.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.