Wednesday, December 17, 2014

5 PENYERANG PENYOKONG BOLA SEPAK VIETNAM DIDAKWA

By Kamera Media   Posted at  12:31 AM   isu semasa No comments


Shah Alam: Lima lelaki termasuk dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan merusuh dan menyerang seorang penyokong bola sepak Vietnam pada perlawanan separuh akhir Piala AFF 2014, di Stadium Shah Alam, 7 Disember lalu. 

Tertuduh, Mohd Aminuddin Hamdan, 34, dan adiknya Noor Hadi, 29; Amirul Akmal Nooradzhar, 22; Zulhelmy Akmal Zainol Abidin, 28; dan Muhammad Naquiyuddin Sallehuddin, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan. 

Majistret Ellyana Razali kemudiaannya membenarkan semua tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM2,800 dengan seorang penjamin. 



Tertuduh juga diperintahkan untuk menyerahkan pasport antarabangsa selain diarahkan untuk melaporkan diri di balai polis berdekatan kediaman masing-masing sehingga kes selesai.

Semua mereka dituduh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda atau keduanya sekali.

P/S: Aik. Tunduk pula, hari tu melompat macam beruk pukul orang. Ganster tahi kucing

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.