Thursday, December 18, 2014

GAMBAR 2 SAHABAT MAUT TERLIBAT DALAM KEMALANGAN NGERI DI SENAWANG

By Kamera Media   Posted at  11:13 PM   KEMALANGAN No comments


Dua rakan sekerja maut dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Kilometer 250, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah ke utara dekat sini pagi tadi. 

Mereka dikenali sebagai Ahmad Azlan Zakaria, 25, dan rakannya Mastura Abd Karim, 34, yang meninggal di tempat kejadian yang berlaku kira-kira 6.45 pagi. 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata mereka merupakan penumpang kenderaan pelbagai guna Perodua Alza yang terbabit dalam kemalangan itu. 

Beliau berkata mayat mereka dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini. 

Katanya tiga lagi cedera dalam kemalangan yang turut membabitkan kereta Proton Saga FLX, Perodua Alza, Nissan Almera dan dua buah treler. 
“Kemalangan berlaku apabila Proton Saga FLX yang dipandu seorang lelaki dilapor hilang kawalan dan bergesel dengan sebuah treler yang membawa minyak pelincir sehingga menyebabkan Proton Saga FLX terbabit terbalik di lorong kanan. 
“Pada masa yang sama, Perodua Alza yang dipandu di belakang Proton Saga FLX itu cuba mengelak, namun melanggar bahagian belakang sebuah lagi treler di lorong paling kiri. 
“Ketika itu juga Nissan Almera yang datang dari arah belakang yang cuba mengelak kesemua kenderaan berkenaan, turut terbalik di lorong tengah,”katanya. 
Muhamad Zaki berkata yang cedera ialah seorang penumpang Proton Saga FLX yang kepalanya dipercayai bergeser pada permukaan jalan, pemandu Proton Saga FLX dan pemandu Perodua Alza. 

Beliau berkata kemalangan mengakibatkan kesesakan sepanjang dua kilometer. 

Sementara itu Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, MohdFazli Jamaludin berkata pihaknya membantu mengeluarkan mangsa yang meninggal dan tersepit dalam kenderaan mereka.


About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.