Wednesday, December 17, 2014

WANITA DIPENJARA 298 TAHUN KERANA LAKUKAN HUBUNGAN SULIT DENGAN SUAMI ORANG

By Kamera Media   Posted at  11:32 AM   isu semasa No comments


Taipei: Seorang wanita dari daerah Changhua dijatuhkan hukuman penjara 298 tahun kerana tidur dengan jirannya. 

Akhbar Want China Times melaporkan, wanita berusia 56 tahun itu yang dikatakan memiliki sebuah restoran yang menyediakan hidangan ular didapati menjalin hubungan sulit dengan lelaki berusia 50 tahun dikenali sebagai Chang antara 2006 hingga 2011. 

Pasangan itu sering bertemu di hotel beberapa kali seminggu. 

Isteri Chang memfailkan dakwaan terhadap wanita itu kerana menjalin hubungan sulit dengan suaminya. 

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 3,576 bulan ke atasnya untuk setiap empat bulan pasangan itu melakukan hubungan seks. 

Bagaimanapun, hukuman ke atas wanita itu ditunda selama dua tahun, tetapi jika dia melanggar tempoh parol, dia mungkin akan menjalani hukuman itu. 

Chang bagaimanapun tidak menerima sebarang hukuman walaupun terbabit dalam hubungan sulit itu.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.