Friday, December 26, 2014

MARI BACA APA LUAHAN HATI SEORANG SUKARELAWAN MANGSA BANJIR 2014

By Kamera Media   Posted at  8:18 AM   isu semasa No comments


Tahun ni banjir mari lagi. Dah 3 kali dah buat kerja (tolong-tolong serba sikit) di pusat pemindahan banjir. Aku nampak 1 benda. Mangsa banjir jarang sangat yang ringan tulang nak tolong. Tahu nak minta je. 

Kita tidak dibayar. Hatta selepas selesai banjir, mangsa dapat duit. Kita tak dapat apa pun. Rumah kita semua ni yang bertungkus lumus ni, tak banjir pun. Kita boleh je balik, dok rumah tengok TV, main dengan anak anak. 

Bayangkan 20-30 orang nak sediakan makanan 3, 4 kali sehari untuk 1,000 mangsa. Kita pun ada kerja. Sampai atur jadual, bergilir. 

JKM setakat bagi sardin, kita usahakan, proaktif, pergi dapatkan/minta/merayu/menagih sumbangan supaya mangsa dapat merasa lauk ayam atau daging. Kita pulak yang meminta minta untuk mangsa. Tapi, apa balasan mangsa? 

 Marah 

Marah 

Marah 

Itu tak ada. Ini tak ada. 

Apsal lambat? 

Di kala dah habis makan, kita semua kemas kantin sekolah, basuh kuali, periuk , kawah dan lantai (karang kalau tinggal kotor sekolah marah dan kebersihan penyediaan makanan penting untuk kesihatan), anak anak muda remaja mangsa banjir boleh rehat, ada yang siap hisap rokok, borak, macam baru lepas makan kat rumah atau restoran. 

Tak ada perasaan ke? Kita ni pekerja diorang ke? 

Aku hanya tolong sikit je. Tapi aku kesian tengok pak cik pak cik surau tolong masak. Basuh kawah, periuk. Mak cik-mak cik potong ayam, sayur. 

Sukarela ni semua umur 40-60 tahun. Kita bukan NGO. Kita penduduk setempat je. 

Tempat kita tak banjir pun. - Letstorque 

Bagi pandangan kami, kedua-dua pihak harus saling memahami, mungkin mangsa banjir berada di dalam kepenatan setelah berhari hari tidak tidur, tidak makan dan tiada bekalan air bersih secukupnya. Dan bila kedua-dua belah pihak penat, masing-masing mungkin ada yang gagal mengawal emosi mereka.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.