Friday, December 19, 2014

KES BULI JALAN RAYA : ABANG SADO TUNJUK SAMSENG DI DAMANSARA PERDANA

By Kamera Media   Posted at  8:52 PM   isu semasa No comments


13 Disember yang lalu, seorang pengguna Facebook, I-ling Tay, memuat naik beberapa gambar seorang lelaki berbadan sasa di laman Facebook mendakwa lelaki berkenaan telah mengancam keselamatan ibu bapanya ketika memandu di kawasan Damansara Perdana. 

Menurut wanita itu, lelaki terbabit yang menunggang motosikal bersama rakan wanitanya di tengah-tengah jalan. 

Ayah kepada si pengadu membunyikan hon agar motosikal itu memberikan laluan kepada mereka. Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak puas hati dengan tindakan ayah si pengadu menyebabkan dia menunjukkan isyarat penumbuk. 



Keadaan bertambah buruk apabila kedua-dua mereka berhenti di lampu isyarat. Lelaki terbabit menunjukkan lagak samsengnya dengan memukul cermin kereta mangsa dan menendang bampar depan kereta mangsa. 

Namun, rakannya cuba menghalang dan mereka terus meninggalkan kereta mangsa. 

Kedua-dua mangsa bernasib baik dan tiada kecederaan yang dialami. I-ling Tay menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika terserempak dengan lelaki terbabit.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.