Thursday, December 18, 2014

SEORANG PESARA GURU CEDERA PARAH DITETAK PENYAMUN

By Kamera Media   Posted at  12:26 AM   isu semasa No comments


Batu Pahat: Seorang pesara guru cedera di tangan dan kepala apabila ditetak seorang penyamun dalam kejadian di Kampung Parit Yaani Tengah di sini, pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa, Mohd Fadhil Sayuti, 73, pada mulanya cuba membantu isterinya, Zainab Tarmidi, 59, yang ternampak kelibat seorang lelaki bertopeng di belakang rumah mereka. 

Menurut anak mangsa, Hajarul Aisyah Mohd Fadhil, 26, ibu bapanya tinggal berdua ketika kejadian dan penyamun terbabit sempat melarikan barang kemas ibunya sebelum melarikan diri. 
"Sebaik ternampak lelaki terbabit, ibu menjerit dan bapa terus ke belakang rumah untuk melihat sebelum berlaku pergelutan dengan penyamun itu," katanya. 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.