Friday, December 26, 2014

MAKLUMAT TERKINI MENGENAI BERITA 1O KELUARGA MAUT DI GUCHILL

By Kamera Media   Posted at  6:21 PM   isu semasa No comments


Mesej berangkai yang mendakwa 10 orang dipercayai sekeluarga maut selepas terperangkap akibat bencana banjir di Guchil, Kuala Krai, disebarkan di aplikasi sosial Whatsapp. 

Mesej berkenaan mendakwa semua mayat mangsa ditemui selepas air banjir mula surut pagi tadi.

Susulan itu, The Rakyat Post menghubungi nombor yang tertera di mesej berkenaan bagi mendapatkan kepastian. Pemilik nombor berkenaan yang dikenali sebagai Anis berkata, menerima mesej tersebut melalui kumpulan dalam Whatssap dan memuat naik mesej itu di dalam akaun Facebook. 

Dia yang tinggal di Kuala Lumpur berkata, keluarga di Kuala Krai juga tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu. 

“Saya dapat mesej melalui rakan pagi tadi dan tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya. 

“Saya ingat berita ini benar kerana dalam mesej tersebut tertulis ianya adalah sumber dari agensi berita tempatan,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Dalam mesej itu turut melaporkan 90 orang mati akibat kelaparan dan kesejukan serta pemeriksaan polis menemui mangsa banjir bergelimpangan di kawasan itu. 

Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Polis Diraja Malaysia di Kelantan ketika dihubungi menolak dakwaan yang disebarkan dalam mesej itu. 

Menurutnya, setakat ini tiada laporan kematian yang diterima. 

Katanya, dalam masa yang sama pihaknya masih terputus hubungan dengan pasukan PDRM di Kuala Krai akibat bencana banjir yang berlaku.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.