Kalau tidak mencetuskan sebarang isu kontroversi bermakna itu bukanlah pemilik nama Julia Perez atau lebih dikenali dengan Jupe. Selebriti tanah seberang ini memang tidak pernah takut atau berselindung dengan apa yang ingin dia lakukan.
Terbaru aksi mesranya bersama seekor anjing bernama Xena dilihat mengundang reaksi negatif daripada peminat dan juga pengikut di laman Instagram miliknya. Mana tidaknya, bukan sekadar gambar bersama anjing, malah dia dilihat memberikan aksi kurang menyenangkan setiap mata yang memandang apabila telah bergomol dengan anjing berkenaan tanpa batasan.
Foto ini telah menjadi bukti tindakan Jupe yang seolah-olah seperti sudah lupa tentang soal halal dan haram di dalam agama. Sudahlah membela anjing sebagai binatang peliharannya adalah haram (kecuali untuk buruan dan menjaga keselamatan), bergomol dengan anjing berkenaan juga apatah lagi.
Dan seperti yang dijangka foto Jupe ini sememangnya menyakitkan mata yang memandang ini telah mengundang kemarahan peminat Muslim yang mengetahui bahawa dia adalah selebriti Muslim dan tindakannya itu seolah-olah seperti menghina agamanya sendiri.
Sekalipun dikritik, Jupe bagaimanapun tetap mempertahankan tindakannya dengan memberikan jawapan bahawa apa yang dilakukannya itu adalah atas dasar rasa kemanusiaan dan kasih sayang terhadap binatang, namun hukum-hukum agama telah diketepikan dengan sewenang-wenangnya.
Antara kapsyen foto di Instagram miliknya itu adalah “Cinta itu adalah tangung jawab .. #xenamybaby #forbiddenactress #doglover #loveanimal” dan “Anjing itu setia.. Manusia aja yg kadang berhianati #doglover #xenamybaby.
Selain itu dia turut membalas komen daripada peminat yang mempersoalkan tindakannya itu, antara yang dibalas Jupe “@salmayanti19 jangan tiru apa yg tidak bagus disaya... Maff tapi buat saya tidak ada di bumi ini yg tidak di sayang allah.. Xena anjing penjaga yg baik.. Setia dan pintar.. Saya tidak baik mbak jangan di tiru adegan ini... Ini adegan saya lagi menyayangi binatang nanty saya kasih adegan yg mbak suka.. saya akan berusaha buat kalian semua bahagia. Dengan porsi saya, Julia Perez Rule.”
Bagi pembaca yang tidak mengetahui asal usul pelakon yang dulu pernah bergaduh dengan Dewi Persik ini, Julia Perez adalah wanita yang dilahirkan sebagai seorang Muslim.
Julia Perez meminjam nama bekas suami pertamanya Damien Perez sebenarnya dilahirkan dengan nama Yuli Rachmawati dan berketurunan Sunda-Betawi.Dia kini berusia 34 tahun dilaporkan aktif menyanyi dan berlakon di Indonesia.
Jupe bermula sebagai model setelah mengenali Damien Perez (Yusuf Perez) yang kemudian menjadi suaminya dan sempat diambil untuk menjadi model bagi majalah FHM dan Maxim ketika di Perancis. Dek kerana ini juga, Jupe dicalonkan 100 perempuan terseksi versi majalah FHM dan Maxim di negara itu.
0 comments: