Wednesday, December 17, 2014

PEMINAT KRITIK IZREEN AZMINDA BERKEMBAN DI TEATER TAKHTA 3 RATU

By Kamera Media   Posted at  8:41 AM   Hiburan No comments


Izreen Azminda memberikan alasan bahawa penampilan berkemban di dalam Takhta 3 Ratu hanyalah menurut kehendak watak semata-mata. 

Menurut Izreen, dia juga tidak mahu melepaskan peluang tampil di pentas teater itu. 
“Dari awal lagi saya sudah tahu watak tersebut memerlukan saya berkemban. Malah Erma juga bertanya sama ada saya bersedia atau tidak untuk tampil sedemikian” 
"Apabila saya menerima tawaran membawakan watak Galuh, saya tahu ia akan jadi isu. Tapi saya anggap ia normal apatah lagi setelah dipentaskan," katanya. 
Tambah Izreen lagi, "Segala komen dan kritikan adalah di luar kawalan saya. Lagi pula saya bukannya nak sangat berkemban, cuma sekadar menjayakan tuntutan watak tersebut,” katanya.
Menurut Erma Fatima dalam temubual di Melodi, Ahad lalu, dia enggan melayan kritikan mengenai berkemban kerana ia adalah pakaian orang zaman dulu-dulu, jadi tidak sepatutnya timbul isu di situ.



About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.