Wednesday, December 17, 2014

PELAJAR TINGKATAN 2 DIPAKSA MINUM MINUMAN KERAS SEBELUM DIR0G0L

By Kamera Media   Posted at  5:36 PM   isu semasa No comments


SABAK BERNAM – Seorang pelajar tingkatan dua bukan saja dipaksa meneguk minuman keras, malah dir0g0l seorang lelaki dan dicabul seorang lagi rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini, awal pagi semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek masing-masing berusia 21 tahun itu dikatakan menodai pelajar perempuan berusia 14 tahun itu selepas mendapati mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri. 

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa yang berasal dari Ampang itu dipercayai mengikuti kedua ibu bapanya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri. 
“Kejadian itu dipercayai berlaku, sewaktu ibu mangsa menyuruh mangsa bersama seorang sepupu lelakinya berusia 13 tahun itu menghantar lauk kenduri di rumah jiran, bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian. 
Beliau berkata, kedua ibu bapa mangsa yang bimbang anaknya tidak pulang ke rumah bertindak mencari mangsa di rumah jiran bersama suaminya dan menemui sebuah motosikal yang digunakan anaknya itu. 
“Ibu bapa mangsa memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung dan seorang daripada mereka memberitahu ternampak kelibat tiga lelaki membawa anak dan anak saudaranya itu menaiki sebuah kereta,” katanya. 
Noor Mushar berkata, setelah puas mencari selama dua jam akhirnya penduduk kampung menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk membawa kedua-dua sepupu berkenaan.
“Sebaik saja masuk ke dalam rumah terbabit, ibu bapa mangsa terkejut apabila mendapati anaknya tidur dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah bilik bersama tiga lelaki terbabit sementara sepupunya itu berada di depan ruang tamu rumah. 
“Ibu mangsa yang melihat keadaan itu segera mengejutkan anaknya dan mangsa telah membuat pengakuan seorang daripada suspek bertindak merogolnya dan memaksanya mengambil minuman keras,” katanya. 
 Beliau berkata, ibu mangsa yang berang dengan perbuatan durjana suspek telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam. 

 Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana mer0g0l

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.