Wednesday, December 17, 2014

SEORANG MATI, SEMBILAN PARAH APABILA BELON UDARA PANAS TERHEMPAS

By Kamera Media   Posted at  8:19 AM   isu semasa No comments


Istanbul: Seorang mati manakala sembilan pelancong lain termasuk rakyat Malaysia parah apabila belon udara panas yang dinaiki mereka terhempas di Cappadocia, Turki, hari ini. 

Dalam kejadian 8.15 pagi waktu tempatan itu, belon panas berkenaan berlepas dari pusat pelancongan Goreme sebelum terhempas ketika melalui lembah Guvercinilik. 

Menurut laporan AFP, mangsa adalah rakyat dari China dan Malaysia. 

Mangsa dari Malaysia dilaporkan dalam keadaan kritikal. 

Mangsa yang meninggal dikenali sebagai Tang Yi dan mangsa selebihnya dihantar ke hospital berdekatan. 

Pada tahun 2009, kejadian sama berlaku di kawasan itu mengorbankan seorang pelancong dari Britain dan sembilan pelancong lain cedera.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.