Saturday, December 20, 2014

BUDAK 14 TAHUN DIDAPATI TIDAK BERSALAH SELEPAS 70 TAHUN DIHUKUM BUNUH

By Kamera Media   Posted at  6:18 AM   isu semasa No comments


Columbia: Seorang remaja lelaki Afrika Amerika Syarikat berusia 14 tahun didapati tidak bersalah membunuh dua budak perempuan berkulit putih-70 tahun selepas dia menjalani hukuman mati dengan kerusi elektrik. 

George Stinney Jr sebelum ini mencipta sejarah apabila menjadi orang paling muda pada kurun ke-20 untuk dihukum bunuh di negara itu. 

Bagaimanapun, seorang hakim di Carolina Selatan, Carmen Mullins semalam memutuskan Stinney dianiaya sistem keadilan negara itu. 

Katanya, Stinney tidak mendapat pembelaan sewajarnya melalui peguam belanya, malah pengakuannya kepada polis juga mungkin diperoleh secara paksa. 

Dia juga mendapati tiada bukti kukuh mengaitkan Stinney dengan tempat kejadian.


About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.