Monday, December 15, 2014

REKA BENTUK BARU LUAR DAN DALAM TREN LRT 2015, JOM TENGOK

By Kamera Media   Posted at  6:42 AM   gaya hidup No comments


Lima puluh tren enam gerabak atau kenderaan rel ringan (LRV) berharga RM990 juta sedang diperoleh daripada pengeluar tren China CSR Zuzhou Electric Locomotive Co Ltd (CSR ZELC). LRV terbabit dijadual diserahkan mulai Disember dan dijangkakan beroperasi secara berperingkat-peringkat mulai Oktober 2015. 

Pengerusi Prasarana Tan Sri Ismail Adam berkata tren baharu itu akan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat, termasuk televisyen litar tertutup, tingkap kecemasan, kipas pengudaraan kecemasan, peranti pengesanan asap dan kebakaran dan sistem pemantauan automatik operasi tren. 

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Seri Shahril Mokhtar dan Timbalan Ketua Pengarah CSR ZELC Lou Chongfu untuk membekalkan LRV terbabit bagi Laluan Ampang, di sini hari ini. 


Tren berkenaan, yang turut dilengkapi paparan destinasi interaktif dalam tren, tempat duduk tidak melungsur turun, LCD hiburan berinformasi, dan ruang kerusi roda yang lebih luas, akan menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih menarik untuk pengguna. 

Purata penumpang kini mencecah 180,000 penumpang sehari. 

Operasi RapidKL LRT Laluan Ampang yang dimulakan pada 1996 dikenali sebagai perkhidmatan STAR-LRT sebelum diambil alih oleh Prasarana pada 2002 bersama-sama perkhidmatan PUTRA-LRT yang dijenamakan semula sebagai RapidKL LRT Kelana Jaya.


About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.