Sunday, December 28, 2014

SAKSI NAMPAK PESAWAT AIRASIA TERBANG RENDAH DAN BERBUNYI BISING DI KUCHING

By Kamera Media   Posted at  10:15 AM   QZ8501 No comments



KUCHING: Terdapat saksi yang menyatakan bahawa mereka ternampak pesawat Airasia terbang rendah dan mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat di Kuching. 

Mereka mendakwa bunyi itu luarbiasa daripada bunyi kebiasaanya. 


Polis Kuching meminta saksi yang mempunyai maklumat mengenai satu entri Facebook berhubung dakwaan terlihat sebuah kapal terbang AirAsia terbang rendah di sekitar Kampung Buntal di sini supaya tampil membuat laporan. 

"Berita berkenaan terdapat sebuah kapal terbang melalui ruang angkasa Kuching yang terbang rendah masih samar-samar. Polis masih menunggu laporan daripada saksi-saksi," kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad. 

Beliau menghantar pesanan itu menerusi khidmat Whatsapp kepada media susulan muncul satu entri Facebook tengah hari ini yang mendakwa terlihat pesawat berkenaan. 

Sementara itu usaha Bernama mendapatkan maklumat mengenai satu-satunya warga Malaysia yang menaiki pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 yang dilaporkan hilang pagi ini, gagal.

Kunjungan ke sebuah rumah yang dikatakan kediaman penumpang berkenaan di Taman BDC di sini mendapati rumah itu berkunci dan panggilan tidak berjawab walaupun lampu rumah terpasang.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.