Monday, December 15, 2014

KISAH KESETIAAN ARWAH MUSTAPHA MAAROF TERHADAP ISTERINYA YANG ANDA PERLU TAHU

By Kamera Media   Posted at  8:59 PM   Hiburan No comments


Dunia hiburan tanahair sekali lagi kehilangan sebutir bintang apabila seniman yang sangat dikagumi iaitu Datuk Mustapha Maarof kembali ke rahmatullah semalam akibat menderita jangkitan paru-paru.

Allahyarham merupakan seorang seniman legend yang menjadi kebanggaan filem melayu lama menghembuskan nafas terakhir pada usia 79 tahun di Hospital Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.

Pasti ramai yang mengenali nama arwah tapi mungkin tidak ramai yang mengetahui kisah kesetiaan arwah kepada arwah isterinya yang tercinta yang juga seorang seniwati iaitu Roseyatimah. 

Percintaan mereka menjadi lebih serius selepas kedua-duanya terlibat dalam sebuah filem bersama iaitu Seri Mersing pada tahun 1961 dan membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga pada tahun 1967. 

Namun, sebesar manapun kasih sayang arwah Mustapha ternyata Allah lebih menyayangi isterinya apabila selepas 20 tahun mendirikan rumahtangga Roseyatimah pergi mengadap illahi kerana mengidap penyakit kanser payudara. 

Kematian isteri tercinta membuatkan hatinya luluh apatah lagi ketika itu anak-anak masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ibu. 

Oleh sebab itulah Allahyarham menyifatkan, sukar melupakan isterinya itu sehingga membuatkan dia terus memutuskan untuk tidak berkahwin lain. 

Dalam satu temubual Allahyarham sebelum ini berkata, suara manja isterinya masih terngiang-ngiang di telinga walaupun sudah lama kematiannya. 

Sebab itulah kediamannya di Subang Jaya dekat sini masih dipenuhi barang-barang perhiasan dan kenangan milik isterinya itu yang masih dijaga rapi termasuklah berpuluh buku resipi. 

Malah beliau juga tidak dapat lupa bagaimana sempurna arwah isteri melayannya dan anak-anak selain hebat ketika di dapur.
“Saya benar-benar kasih dan sayangkan isteri saya itu dan memori saya bersamanya sukar untuk saya lenyapkan,” ujar Mustapha kepada wartawan kira-kira beberapa bulan lalu. 
Semasa hayatnya, Allahyarham sering diberi ruang menjadi hero-hero filem khususnya bagi watak puera raja dan pebesar-pembesar istana. 

Filem Bawang Putih Bawah Merah ternyata menyerlahkan ketampanan beliau dengan membawa watak Putera, memburu di hutan lalu berjumpa gadis sunti bernama Merah yang cantik manis untuk dijadikan isteri. 

Filem lain yang dibintangi Allahyarham antaranya Raden Mas (1958), Sumpah Pontianak (1958) Yatim Mustapha (1959, Sultan Mahmud Mangkat Di Julang (1961), Detik 12 Malam (1979) dan Abang 92 (1993). 


Rakan seperjuangan arwah iaitu Datin Maria Menado juga turut mendedahkan sikap setia Mustapha terhadap isterinya nyata tiada bandingan. 

Kata Maria, Allahyarham sering mengelak apabila beliau menimbulkan soal perkahwinan biarpun ada yang cuba untuk menjodohkannya dengan beberapa wanita namun Mustapha menolak dengan baik.
"Ada beberapa wanita yang berkenan dengan Mustapha tetapi dia sering mengelak apabila saya cuba bercakap soal itu dengan dia. 
"Dia cukup setia dengan isterinya sehinggalah ke akhir hayatnya dan Alhamdulillah doanya untuk disemadikan di sebelah pusara Roseyatimah termakbul,” katanya. 
"Mustapha seorang yang sangat jujur selain sentiasa menjaga percakapannya supaya tidak menguris perasaan sesiapa dan sebab itu saya senang bersahabat dengannya. 
"Hubungan kami seperti adik-beradik dan kami sering berkongsi masalah dan pengalaman dan tidak sangka dia akan pergi secepat ini," ujarnya. 
Malah anak bongsu Mustapha, Mohd Rezainuddin, 38, memberitahu arwah bapanya sentiasa memberitahu rindukan arwah ibunya sebelum dia dimasukkan ke hospital. 
"Hampir setiap hari sebelum dia dimasukkan ke hospital dia memberitahu kami dia rindukan arwah ibu selain mengingatkan supaya kami adik-beradik sentiasa bersatu hati dan tidak bergaduh," katanya. 
Sebelum berkahwin dengan Roseyatimah, beliau bernikah dengan Suraya Harun dan dikurniakan seorang anak Suzylynna yang kini berusia 50 tahun. 

Selain Mohd Rezainuddin, hasil perkahwinan dengan Roseyatimah Allahyarham memperoleh zuriat iaitu Azlynna, 44, dan Mohammed Khairuddin yang meninggal dunia ketika usia 3 tahun akibat demam denggi. 

Jenazah Allahyarham disemadikan bersebelahan pusara isterinya, Roseyatimah selepas solat Zuhur pada Isnin. 

Semoga Allah memberi rahmat kepada roh Allahyarham dan menempatkannya di kalangan orang yang beriman. Kehilangan beliau pastinya akan di rindui. Al-Fatihah.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.