KUALA LUMPUR 9 Nov. - Dua lelaki warga Singapura maut apabila sebuah kereta mewah jenis Porsche yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 3.9, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran Desa Petaling di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, mangsa, Kwek Kun Chon, 35, dan Franco Toh, 43, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan tersepit pada kenderaan tersebut. - Utusan Malaysia
Kereta ini dipercaya telah memenangi pertandingan perlumbaan drag di Sepang sebelum berlakunya kejadian ini
0 comments: